Latar Belakang

Latar belakang blog Shukry Abdullah - Salam perkenalan. Terima kasih kerana berkunjung ke blog ni. Blog ini dikendalikan oleh saya sendiri, Shukry, sebagai penulis blog.

Sejarah saya dengan aktiviti blogging bermula sejak pertengahan 2006. Ketika itu saya gunakan Blogspot untuk menjual ebook serta mempromosi produk-produk affiliate. Kemudian pada 29 Mac 2007 barulah saya membuka blog sendiri.

Sekitar 2007 ni Wordpress juga baru dikenali ramai. Pada masa tu Wordpress.com baru masuk ke pasaran internet Malaysia. Begitu juga dengan self-hosted Wordpress. Twitter pun baru sahaja di lancarkan. Facebook mulai rancak digunakan oleh pengguna-pengguna internet. Pada masa untuk untuk buka Facebook kena buka di desktop pc atau di laptop sahaja.

Sekitar tahun 2006-2007 saya fokus kepada affliate dan blogging. Ketika itu saya sudah mulai fokus dengan Google Adsense. Dalam tempoh itu saya telah membina beberapa micro niche blog - itu blog-blog kecil menumpu kepada topik-topik mengkhusus.

Kemudian pada tahun 2008 hingga 2012 saya banyak memfokus kepada BUM Marketing - iaitu menggunakan artikel-artikel pendek dalam 1500 patah perkataan untuk menarik trafik menuju ke blog-blog 'micro niche' kendalian saya.

Untuk mempromosikan blog-blog saya telah mempelajari teknik search engine optimization dengan mendalam juga dengan penuh minat mulai 2010 - semuanya untuk mempromosikan blog-blog saya agar dapat menerima ramai pengunjung secara organik melalui enjin carian khususnya Google. Dengan teknik SEO pengguna internet akan menjumpai blog-blog saya secara 'semulajadi' dari Google tanpa saya sendiri bekerja keras mempromosikan setiap blog.

Berkat kerajinan menulis post, mempromosi guna search engine optimization dan mempromosi guna teknik BUM Marketing blog-blog saya mulai menerima pengunjung sekitar 5,000 hingga 12,000 visitors sehari. Pada ketika itu income dari Google Adesense juga dapat menampung perbelanjaan diri saya pada ketika itu.

Kemudian sekitar 2015 algoritma enjin carian Google berubah lagi.

Akibatnya banyak teknik-teknik SEO (search engine optimization) yang saya gunakan sudah tidak lagi relevan. Blog-blog saya sudah tidak lagi muncul di Google. Kesan dari income income Google Adsense saya juga telah jatuh, terus jatuh dan terus jatuh hingga menjadi zero.

Namun saya bersyukur akaun Google Adsense saya tidak di 'banned' oleh Google.

Akaun Adsense yang saya buka mulai April 2006 masih ada sehingga ke hari ini. Saya tidak menonjol dalam tahun-tahun lalu kerana lebih selesa berniaga online secara 'di belakang tabir'.

Nak jadi blogger faymaes bukanlah target saya kerana saya mahu privasi dan hanya mahu kebebasan masa tanpa terikat dengan kerjaya 9-5 pada waktu bekerja.

Berbekalkan kemahiran betahun-tahun dalam SEO (Search Engine Optimization) dan blogging pada tahun 2015 saya telah dijemput bekerja menjadi seorag Webmaster di sebuah syarikat pelancongan yang juga merupakan sebuah pusat penyelaman di bawah lesen PADI.

Mulanya saya menolak.

Tapi oleh kerana minat mendalam terhadap aktiviti renang dan aktiviti penyelaman di laut saya terima tawaran itu. Dari situlah terbuka lembaran sejarah dalam hidup saya apabila mula bekerja dalam sektor pelancongan dalam negeri, bekerja di sebuah dive center di bawah lesen PADI.

Tugas saya lebih kepada content webmaster. Pada minggu pertama saya bekerja saya telah pindahkan website syarikat dari Joomla ke Wordpress. Selepas itu saya telah cipta reka bentuk baharu untuk syarikat tempat saya bekerja agar website mereka nampak vey user friendly dan dapat menarik lebih ramai pelancong agar sign up pada pakej-pakej ditawarkan.

Fokus utama saya adalah pada online content. Ini kerana syarikat pelancongan di tempat saya bekerja memperlukan online content yang banyak utnuk menarik pelancong-pelancong asing bagi menempah pakej-pakej pelancongan yang dipromosikan.

Skill yang saya amalkan ketika mempromosi eBook menggunakan teknik BUM Marketing saya gunakan.

Dalam pada itu saya terus giat mengkaji dan menganalisa teknik-teknik SEO terkini. Pada setiap hari saya banyak membaca mengenai SEO dan saya membaca lebih kurang 300 RSS Feed dari ratusan blog-blog SEO dan pemasaran internet yang saya baca.

Saya juga melanggan RSS Feed dari 150 blog-blog teknologi terkemuka.

Semuanya sebab minat.

Setiap hari bekerja sementara menunggu ofis di buka saya akan luangkan masa membaca RSS Feed Reader yang mengandungi ratusan artikel blog dalam topik SEO, digital marketing, brand serta copywriting.

Knowledge is power but is applying the knowled is more powerful.

Inilah yang saya lalui sepanjang tahun-tahun lalu. Tahu banyak saja tidak cukup kalau result online sales tidak mantap. Dengan skill SEO dan content writing yang saya ada dari situ saya berjaya menjual pakej-pakej seacara online dan beroleh gaji bersih dalam  4 angka setiap bulan.

Ketika bekerja saya tidak ada team. Hanya saya buat semua seorang - dari penulisan artikel, edit gambar, graphic design.

Apabila PKP di mulakan pada 18 Mac 2020 saya telah kehilangan pekerjaan kerana diperintahkan oleh majikan untuk mengambil CTG iaitu Cuti Tanpa Gaji. Bermula dari situlah saya telah buat macam-macam bisnes sampingan untuk menyara hidup.

Saya tidak boleh harap simpanan kerana simpanan yang saya ada hanya cukup untuk beberapa bulan sahaja. Dari situlah saya mulai minat terhadap industri telekomunikasi  - sebab saya tengok industri ini tidak terjejas langsung oleh PKP dan perintah kuarantin di rumah.

Dari situlah saya terus serius sebagai agen Tone Wow dan fokus kepada Tone Wow Digi.

Nak mulakan balik Google Adsense ia agak mengambil masa. Tapi untuk saya mulakan semula aktif sebagai agen telekomunikasi tidak ambil masa kerana saya boleh mula serta merta.

Bro, Kenapa Guna Blogspot?

Tu lah yang ramai blogger di luar sana tanya pada saya melalui email, Facebook Messenger dan DM ke Instagram saya. Kenapa guna Blogspot sedangkan saya sudah di tahap professional yang sepatutnya gunakan Wordpress?

Sekarang sudah ada lebih kurang dalam 30 blog-blog Wordpress yang dibina menggunakan hosting berbayar. Saya lebih selesa guna Blogspot saja untuk blog Tone Wow Digi saya ni kerana fokus saya hanyalah pada penghasillan content sepenuhnya tanpa perlu terlibat sedikitpun dengan pengubahan theme, reka bentuk layout, pemakaian plugin, maintenance, pembayaran hosting, pembayaran domain juga pelbagai lagi soal teknikal lain.

Sejak guna Wordpress sejak 2007 saya suda jumpa pelbagai masalah teknikal di Wordpress. Masalah-masalah teknikal tu mengakibatkan flow idea untuk menulis artikel blog jadi kurang.

Semuanya kerana diganggun gugat oleh masalah-masalah teknikal. Walau masalah-masalah teknikal di blog Wordpress hanyalah kecil tapi bagi saya ia sesuatu permasalahan besar kerana menggangu proses penghasillan idea.

Sebab itulah saya hanya mahu menulis di sebuah blog yang bebas dari masalah teknikal. Sebelum ni saya sudah menulis di blogWordpress.com tapi oleh kerana kekangan yang dibuat oleh pihak Wordpress saya berpindah ke Blogspot.

Pihak Wordpress.com banyak kali promote saya supaya beralih ke pakej-pakej berbayar mereka. Saya tidak perlu tu semua. Saya hanya mahu menulis. Saya hanya mahu mencipta artikel, upload gambar dan menulis artikel lagi.

Blogspot ni bebas iklan. Google tak pernah buat mana-mana pakej Blogspot yang berbayar. Kalau pakai Wix, Weebly dan Wordpress, setiap satu dari penyedia platform untuk akan sentiasa remind anda untuk bertukar ke pakej-pakej berbayar.

Tapi kalau keinginan anda setakat hanya nak berkongsi ilmu, berkongsi informasi dan minat menulis mengenai sesuatu topik sebuah blog Blogspot pun sudah memadai.

Pembaca pun tidak kisah platform apa yang digunakan - yang penting adalah nilai kandungan blog dan informasi-informasi yang ada di dalamnya. Blogspot, Wordpress, Wix, Weebly semua ni hanyalah tools. Ia bergantung kepada orang yang menggunakannya.

Harapan saya semoga informasi yang saya kongsikan di blog Tone Wow Digi ni dapat membantu anda menjadi agen Tone Wow yang berjaya.

Perkongsian ilmu ni saya buat untuk saya kumpul pahala bagi bekalan di akhirat kelak. Saya tak letak iklan di blog ni.

Blgo ini saya tulis bukan untuk dapat duit tapi untuk berkongsi ilmu, berkongsi pengetahuan juga berkongsi pengalaman. Saya bukanlah blogger faymes. Saya bukanlah penulis ternama.

Saya hanya mahu menulis dari hati.

Perjuangan ini adalah perjuangan meningkatkan taraf ekonomi.

Ini bukan perjuangan saya seorang tapi perjuangan bersama-sama dengan anda, dengan rakan-rakan lain juga puluhan lagi rakan-rakan saya di luar sana.

Semoga kita berjaya capai target kewangan masing-masing sebagai agen Tone Wow Plus.






Tiada ulasan: