Tone Wow Sabah Income July 2020

Tone-Wow-Plus-Sabah-1-800x600

Tone Wow Sabah Income July 2020 - Dalam entri blog kali ni saya akan paparkan income beberapa ejen-ejen Tone Wow Digi yang aktif mempromosi Tone Wow Digi di laman sosial masing-masing khususnya Facebook. Mereka sudah lama mempromosi Tone Wow dan tidak hairanlah income masing-masing sebagai ejen mencecah lebih RM20,000 ke atas.

Perkara tu bagi saya sesuatu yang achieveable - sebabnya apabila anda sebagai ejen senior leader mengedar simkad (menjual) kepada ejen-ejen lain dibawah bimbingan anda lalu mereka juga mengedar (membeli lalu menjual semula) simkad-simkad prepaid Tone Wow Digi kepada ejen-ejen lain di bawah mereka maka lebih banyaklah income yang mereka akan dapat sebagai ejen Tone Wow Plus.

Ini kerana Tone Wow Plus menyediakan Bonus Overriding - makin banyak anda jual simkad prepaid Tone Wow Digi kepada ejen-ejen lain dan simkad itu pula di top up oleh user maka pihak syarikat Tone Wow akan bayar Bonus Overriding kepada anda.

Kadar Bonus Overriding pula bergantung kepada senioriti anda dan ranking anda sebagai ejen Tone Wow Plus. Bonus Overriding bagi saya adalah bonus royalti. Semakin banyak simkad saya jual kepada ejen-ejen lain dan simkad itu pula sampai ke tangan user lalu di top up maka semakin besarlah potensi income saya.

Tone-Wow-Digi-Plan-1-0484336934-960x960
sebagai ejen Tone Wow Digi anda hanya perlu jual simkad prepaid ni saja

Hal ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Ia sesuatu yang boleh dicapai kerana bergantung kepada jumlah simkad yang anda edarkan. Setiap simkad prepadi Tone Wow Digi ada nombor siri tersendiri. Dari situlah income ejen-ejen Tone Wow di track.

Konsepnya samalah macam jadi master stokis. Dalam program Tone Wow Digi, master stokis dipanggil sebagai "Business Partner". Mereka ini adalah ejen-ejen yang mencapai ranking tertinggi dalam program Tone Wow Digi. Business Partner membeli simkad dari pihak HQ Tone Wow Plus.

Selepas tu, selaku master stokis, pihak Business Partner ni akan mengedar kepada stokis-stokis di bawah mereka. Selepas tu stokis pula akan edar kepada ejen-ejen di bawah mereka. Ejen-ejen pula kemudian akan jual direct kepada user iaitu pengguna biasa.

Ramai salah anggap pasal Tone Wow Digi ni. Tone Wow Digi dipromosikan sebagai buat handphone dengan duit secara senang. Sesiapa yang terbaca akan ingat pakai saja simkad Tone Wow Digi tu terus dapat duit sebagai pengguna handphone walau tanpa mempromosi dan menjual. Macam skim cepat kaya. Padahal tidak. Perkataan yang dipaparkan akan memberi pemahaman berbeza kepada audiens.

Tanggapan tu salah sebenarnya. Untuk buat duit dengan handphone sebagai ejen telekomunikasi kita perlulah cari user iaitu orang yang nak pakai simkad prepaid Tone Wow Digi dan cari ejen lain yang akan mengguna dan mengedar simkad prepaid Tone Wow Digi kemudian bimbing ejen tu. Untuk memulakan semua tu diri sendiri juga kena jadi user dulu.

Kena guna sendiri simkad Tone Wow Digi dulu.

Rasai pengalaman menggunakannya kemudian cadangankan kepada yang lain. Bila kita sendiri sudah suka dengan Tone Wow Digi dan rasa amat puas hati dengan Tone Wow Digi secara automatik kita sendri akan cerita pada orang lain.

Saya sendiri juga bermula sebagai user Tone Wow Digi. Saya jadi user sebab saya sendiri nak pakai simkad prepaid Tone Wow Digi ni bagi memenuhi keperluan komunikasi harian.

Macam KFC juga. Apabila kita suka dengan KFC dan rasa sedap tiap kali makan ayam goreng KFC secara automatik kita akan cerita kepada orang lain yang kita kenal - iaitu kepada pasangan kita, kepada kawan-kawan kita, kepada sepupu juga dengan kawan-kawasan sekerja.

Apabila mereka tanya KFC mana kita pergi secara automatik kita akan jawap tanpa perlu berfikir dua kali. Kan? Gitulah yang terjadi apabila kita sudah puas hati memakai sesuatu produk dan perkhidmatan.

Tone Wow Digi berkembang pesat di negeri Sabah disebabkan oleh ejen-ejen yang aktif mempromosi di daerah Tawau dan di Kota Kinabalu. Bagi saya, sekarang ni saya masih belum berapa agref promosikan simkad prepaid Tone Wow Digi.

Tapi walau begitu tetap ada orang send message pada saya dari Facebook Marketplace untuk bertanya tentang cara macam mana nak guna simkad Tone Wow Digi.

Orait jom kita tengok screen shot income ejen-ejen Tone Wow Sabah. Screen shot income ni semua dipaparkan di Facebook profile masing-masing secara umum. Mereka izinkan untuk ejen-ejen Tone Wow Digi copy serta share di media sosial masing-masing.

Tone-Wow-Digi-Sabah-Shukry-Abdullah-1-10-960x960
Income Ejen Tone Wow Digi Sabah - Tahir Janna

Untuk bulan Julai 2020, Tahir Janna telah mendapat income total RM49, 126.19. Bagi yang belum mengenali beliau Tahir merupakan pencetus kepada pergerakan Tone Wow di Sabah bermula dengan Tone Plus pada tahun 2014 di daerah Tawau.

Apabila Tone Wow diperkenalkan pada Oktober 2018 Tahir dan beberapa ejen-ejen Tone Wow Digi yang senior telah menjadi yang terawal menyertai Tone Wow. Dalam beberapa bulan lalu Tahir baru sahaja melancarkan website miliknya sendiri iaitu Tone-Wow.com

Buat masa ini Tahir menumpu perniagaan sebagai ejen Tone Wow di daerah Tawau sepenuhnya. Tahir merupakan leader pertama di negeri Sabah. Beliau telah menubuhkan Kaizen Group pada tahun 2014 yang mengumpulkan kesemua ejen-ejen Tone Wow Plus dibawah bimbingannya.

Tone-Wow-Digi-Sabah-Shukry-Abdullah-1-07-960x960
Income Ejen Tone Wow Digi Sabah Julai 2020 - Akasyah Yassin

Ini pula screen shot income ejen Tone Wow Digi Sabah Julai 2020 milik Akasyah Yassin. Anda boleh cari Facebook profile beliau dan lihat sendiri gambar income Tone Wow beliau yang terkini. Akasyah merupakan ejen dibawah bimbingan direct Tahir Janna. Dia adalah real person di Facebook dan tidak berselindung di sebalik fake profile.

Saya merupakan ejen Tone Wow Digi di bawah bimbingan group Akasyah. Bagi yang belum kenal siapa Akasyah Yassin dia merupakan bekas Pegawai Kastam bertugas di Tawau dan sudah berhenti dari Jabatan Kastam Dan Eksesais Diraja untuk memfokus sepenuh masa kepada perniagaan.

Kata orang, sayang kan berhenti dari kerja kerajaan? Tapi kalau gaji tak sampai RM5,000 dan kelulusan cuma SPM susah untuk pergi jauh sebagai kakitangan awam melainkan menambahbaik kelulusan akademik untuk mendapat pangkat lebih tinggi.

Tapi bagi Akasyah untuk apa stay lama sebagai penjawat awam kalau income sebagai ejen Tone Wow Plus sudah mencapai lebih dari RM30,000. Hidup sebagai penjawat awam memanglah selesa, terjamin dan selamat tapi gaji sebagai Pengawai Kastam di peringkat Bahagian Sokongan tak sampaipun RM3,000.

Akasyah telah menunaikan haji menggunakan income yang dia dapat sebagai ejen Tone Wow Digi. Buat masa ini Akasyah masih menumpu perniagaan sebagai ejen Tone Wow di daerah Tawau.

Tengok tu ada tertera perkataan "Tone Plus Sdn Bhd" - ini kerana apabila mendaftar sebagai ejen Tone Wow Plus secara automatik anda akan dibayar mengikut pelan pemasaran di bawah program Tone Plus ditadbir oleh Tone Plus Sdn Bhd. (821189-A). Pihak syarikat Tone Plus Sdn Bhd. inilah yang akan bayar komisyen dan bonus.

Income yang anda dapat sebagai ejen benar-benar dimasukkan ke dalam akaun bank sepertimana yang anda lihat di sini. Itulah sebab utama kenapa saya amat yakin dengan Tone Wow Digi lalu bertindak memilih sebagai ejen supaya saya dapat jana income tambahan.

Bagi yang belum faham macam mana ejen-ejen Tone Wow Plus di bayar dan apa itu Tone Plus saya akan terangkan di artikel blog yang lain.

Tone-Wow-Digi-Sabah-Shukry-Abdullah-1-04-960x960
Income Ejen Tone Wow Digi Sabah Julai 2020 - Hafiz Fiezzo
Ini pula screen shot income Hafiz Peranti atau lebih dikenali sebagai Fiezzo.

Kalau di Facebook anda boleh cari profail peribadinya di bawah nama "Fiez Zzo". Saya kenal Hafiz melalui post-post di Facebooknya ketika saya mencari info mengenai Tone Wow Plus. Hafiz juga merupakan ejen dibawah bimbingan Tahir Janna dan sahabat baik kepada Akasyah Yassin. Hafiz berasal dari Tawau dan menetap di Kota Kinabalu.

Pada Julai 2020, sebagai ejen Tone Wow Plus Hafiz telah dibayar komisyen berjumlah RM21,058.10 dari akaun-akaun Tone Wow Plus beliau. Sehingga ke hari ini Hafiz amat aktif mempromosi Tone Wow di Facebook. Ejen-ejen di bawah bimbingan Hafiz juga aktif men'tag' beliau di Facebook.

Kalau ke ruang Timeline Facebook Hafiz anda akan nampak ejen-ejen lain berkongsi gambar mereka berjumpa user baru, ejen-ejen baru juga berjumpa sesama mereka.

Hafiz seorang ejen Tone Wow Plus berpangkat "Premium Branch" atau PBR. Sebelum menjadi ejen bertaraf "Business Partner" seseorang ejen Tone Wow Plus perlu capai ranking Premium Branch terlebih dahulu sebelum boleh dilantik menjadi Business Partner. Lantikan ini dibuat oleh pihak syarikat Tone Plus Sdn Bhd. dan bukannya secara automatik.

Beliau seorang ejen di kawasan Kota Kinabalu. Dengan income sebagai ejen Tone Wow Plus Hafiz telah berjaya membeli sebuah rumah apartment, menikahi wanita idaman hatinya, membeli sebuah kereta Toyota Hilux dan berhenti kerja sebagai seorang mekanik. Hidupnya berubah hasil dari kerajinan mempromosi Tone Wow Plus.

Tone-Wow-Digi-Sabah-Shukry-Abdullah-1-03-960x960
Income Ejen Tone Wow Digi Sabah Julai 2020 - Lim Ket Siong

Ini pula screen shot income ejen Tone Wow Plus milik Lim Ket Siong. Dari post-post Facebook peribadinya saya mulai faham bahawa Lim merupakan seorang ejen Tone Wow Plus di bawah bimbingan Tahir Janna yang memfokus di daerah Kuala Penyu.

Anda boleh lihat perkembangan terbaru Lim di Facebook peribadinya yang menggunakan nama sebenar beliau iaitu "Lim Ket Siong". Boleh cari sendiri di Facebook.

Secara peribadi saya sendiri belum pernah berjumpa dengan Lim tapi dah selalu bermesej dengan beliau untuk meminta tips, panduan dan motivasi. Lim merupakan anak jati kelahiran Kuala Penyu. Dia memang budak kampung bahkan masih menetap di kampung tapi tetap aktif mempromosi Tone Wow Plus.

Untuk bulan Julai 2020 Lim berjaya mendapat bayaran berjumlah RM17,175.01 dibayar oleh Tone Plus Sdn Bhd (821189-A).

Tone-Wow-Digi-Sabah-Shukry-Abdullah-1-06-960x960
Income Ejen Tone Wow Digi Sabah Julai 2020 - Alex Lee Huat
Jejaka kacak yang anda lihat dalam gambar di atas ni adalah Alex Lee Huat. Beliau merupakan ejen Tone Wow Plus bertaraf Premium Branch (PBR) di daerah Kuching, Sarawak. Walau menetap di Kuching beliau merupakan ejen di bawah Tahir Janna.

Walau menetap di Sarawak tapi Alex tetap aktif mempromosi Tone Wow Plus dan aktif melatih ejen-ejen baru di bawah bimbingannya. Hasilnya beliau sudah membantu ramai orang jana income sampingan sebaga ejen Tone Wow Plus.

Untuk Julai 2020 income Tone Wow milik Alex adalah berjumlah RM31,732.75. Waaaa banyak tu! RM10,000 pun dah banyak bagi kebanyakan dari kita. Inikan lagi RM30,000. Lagilah banyak.

Kenapa saya cerita pasal income ejen-ejen Tone Wow Plus?

Niat saya hanya satu iaitu untuk tunjukkan proof bahawa menjadi ejen Tone Wow Plus memang boleh buat duit. Syarikat Tone Plus Sdn Bhd benar-benar sebuah syarikat telekomunikasi yang membayar ejen-ejennya.

Kalau anda tengok setiap ejen-ejen yang saya ceritakan di atas mempunyai jumlah income yang berbeza-beza. Kenapa? Semuanya bergantung kepada usaha mereka dan kesungguhan mereka.

Income sebagai ejen Tone Wow tidak tetap. Ada naik ada turun. Tapi yang pasti bila anda sudah capai ranking paling tinggi sudah pastilah income anda juga tinggi dalam pulhan ribu sebulan.

Setiap dari ejen-ejen tu semua bayar income tax masing-masing. Sebab itulah mereka berani tayang screen shot income sebagai ejen Tone Plus di akaun bank masing-masing.

Saya tulis hal ni dalam blog ni untuk rujukan peribadi juga untuk cerita pasal income sebagai ejen Tone Wow Plus. Anda sudah tidak perlu pening kepada memikir soal trading license, sewa kedai, sewa tapak, beli bahan mentah, bil karan, bil air dan bil cukai pintu.

Mula saja sebagai ejen Tone Wow Plus dengan membeli beberapa simkad sebagai permulaan. Selepas tu anda promote di Facebook peribadi atau di Facebook Marketplace.

Gunakan personal branding. Kesemua ejen-ejen di atas menggunakan personal branding iaitu nama mereka sendiri, wajah sebenar dan rakan-rakan yang aktif memberi komen di post-post mereka.

Apabila personal branding kuat maka dari situlah mana-mana orang akan trust lalu berminat mahu beli simkad dan mahu jadi ejen supaya boleh jana income sampingan bermula dengan modal kecil sahaja bermula dari RM10 hingga RM30 sahaja.

Saya sendiri jadikan mereka sebagai contoh ikutan. Ada di kalangan mereka yang berumur jauh lebih muda dari saya tapi sudah aktif sebagai ejen Tone Wow sejak 5 tahun yang lalu.

Umu hanyalah angka. Yang jadi pembeza adalah usaha, konsistensi dan fokus.

Kalau anda jadi pengguna simkad Tone Wow Digi sajapun boleh. Walau hanya jadi user anda tetap boleh langgan jumlah data yang besar dengan perbelanjaan yang kecil.

Tone Wow Digi Plan - RM50


Sebagai contoh anda sudah boleh dapat 89gb dengan hanya bayar RM50. Plan Tone Wow Digi amat mesra rakyat dan line pun kuat dan laju sebab guna line Digi.

Hanya perlu isi kredit RM50 pastu langgan data berjumlah 89gb. Begitu juga dengan pakej data Tone Wow yang lebih tinggi iaitu 156gb. Anda boleh dapat 156gb dengan hanya RM120.

Caranya isi kredit sehingga cukup RM120 atau ke atas dalam jumlah kredit nombor handphone anda. Apabila kredit cukup RM120 sistem Tone Wow akan tolak RM120 dari jumlah kredit anda sebagai bayaran untuk melanggan pakej data 156gb.

Semoga saya dan anda berjaya dapat target masing-masing sebagai ejen Tone Wow Plus. Jika anda permasalahan dalam Tone Wow Digi atau hadapi masalah susah nak cari pelanggan sebagai ejen Tone Wow Plus saya boleh bantu. Utarakan soalan di ruang komen dan saya akan jawap.

Shukry Abdullah

Bertugas sebagai Webmaster, SEO Specialist dan Digital Marketing Strategist sepenuh masa di sebuah syarikat pelancongan.

Tiada ulasan: