2 Langkah Macam Mana Nak Jadi Ejen Tone Wow Digi

Tone-Wow-Digi-Plan-1-0101326607-960x960

2 Langkah macam mana nak mula jadi ejen Tone Wow Digi - dalam entri blog kali ini saya akan bantu merungkai permasalahan anda yang berminat nak jadi ejen supaya dapat komisyen.

Dari komisyen itu dapatlah anda membayar itu ini, menyimpan duit dan membeli apa yang anda idamkan. Owh ya jika anda belum kenal saya, boleh masuk ke post Siapa Shukry Abdullah untuk kenali saya.

Sebelum ni ada beberapa orang DM dan PM saya tanya macam mana nak mula jadi ejen Tone Wow Digi macam saya. Ramai yang minat nak buat duit dengan handphone sebagai ejen Tone Wow Digi tapi masih kabur macam mana nak mula. Samalah macam nak drive kereta. Start enjin dah pandai tapi pastu masih tidak tahu nak buat apa.

Nak jadi ejen Tone Wow Digi anda akan bertindak menjadi penjual simkad, jadi pengedar simkad dan jadi pembekal simkad kepada pengguna-pengguna handphone yang lain. Maksudnya mudah. Anda beli simkad pastu anda jual semula. Sebagai ejen anda akan dapat harga special yang lebih rendah dari harga pasaran.

Sebagai ejen Tone Wow Digi, anda akan dibayar berdasarkan prestasi. Maknanya makin banyak anda jual simkad dan makin banyaklah komisyen anda akan dapat. Income utama dari aktiviti sebagai ejen Tone Wow Digi adalah komisyen.

Penggerak utama income ejen-ejen Tone Wow Digi adalah penggunaan - iaitu semakin ramai orang guna simkad yang anda telah jual maka semakin besarlah komisyen anda. Semakin banyak simkad Tone Wow Digi yang anda edarkan maka semakin besarlah juga komisyen anda.

Prosesnya simple. Senang nak faham. Yang bestnya selagi orang top up simkad yang mereka beli dari anda selagi itulah anda tetap akan dibayar komisyen. Semakan ramai orang guna simkad yang mereka beli dari anda maka semakin besarlah komisyen juga bonus yang anda akan dapat.

Dari pengalaman saya berani cakap program Tone Wow Digi bukanlah skim cepat kaya dan bukan skim tipu. Anda boleh bermula ikut kemampuan dan ikut bajet anda. Tiada paksaan dan tiada kesmetian berapa amaun anda boleh bermula. Anda boleh bermula dengan hanya RM10, dengan RM30, dengan RM50, RM70 ataupun RM200.

2 langkah macam mana nak mula jadi ejen Tone Wow Digi:

  • Langkah 1 - Daftar jadi user simkad prepaid Tone Wow Digi terlebih dahulu.
  • Langkah 2 - Pilih sama ada jadi ejen taraf Lite ataupun ejen taraf Biz

Semuanya terpulang kepada anda. Orait jom kita masuk ke topik utama kali ini iaitu macam mana nak mula jadi ejen Tone Wow Digi. BIla anda daftar jadi ejen di bawah bimbingan saya, selepas tu saya akan bagi dua pilihan, iaitu:

Daftar dengan modal fleksibel - Kos RM10 - RM100 (ikut bajet anda)

Daftar dengan modal bisnes - RM100 - RM200 (ikut kemampuan dan bajet)

Saya adalah ejen Tone Wow Plus (TWP) - program Tone Wow Digi ni ada dua iaitu Tone Wow Excel dan Tone Wow Plus. Kedua-duanya berbeza dari segi pengiraan komisyen dan pengiraan bonus tapi kedua-duanya bernaung di bawah syarikat induk yang sama iaitu Tone Group. Saya ada tulis hal ni dengan lebih lanjut di artikel bertajuk beza antara Tone Wow Plus dan Tone Plus.

Jika anda mendaftar dengan RM10 anda akan bergelar sebagai ejen Lite.

Komisyen anda bermula dengan 8%. Jumlah komisyen yang anda akan dapat kelak adalah 8% dari nilai top up orang yang beli simkad dari anda. Ia dipanggil "Lite" sebab modal nak bermula ringan-ringan saja - iaitu paling kurang RM10 hanya untuk tanggung kos pendaftaran sahaja. Ini baru pendaftaran. Belum lagi beli simkad ya. Kos RM10 lebih kurang sama dengan kos mendaftar sebagai pengguna biasa (user).

Jika anda mendaftar dengan RM100 sahaja anda akan bergelar ejen bertaraf Biz.

Komisyen anda bermula dengan 13%. Jumlah komisyen yang anda akan dapat kelak adalah 13% dari nilai top up orang yang beli simkad dari anda. Ia dipanggil "Biz" sebab modal nak bermula sebagai ejen yang serius menjadikan aktiviti sebagai penjual dan pengedar sebagai bisnes part time - kos yang dibayar adalah untuk tanggung kos pendaftaran sebagai ejen bertaraf "Biz".

Sebagai balasan, komisyen top up yang anda akan dapat jauh lebih besar dari mendaftar sebagai ejen "Lite". Selesai sahaja mendaftar anda akan dapat kredit tersedia RM30 dalam simkad anda. Kalau daftar sebagai ejen Tonr Wow Digi bertaraf "Lite" simkad anda tiada kredit tersedia di dalam. Anda perlu top up simkad anda tu terlebih dahulu barulah boleh guna.

Komisen yang anda akan dapat sebagai ejen Tone Wow Digi bertaraf "Biz" adalah peratus komisyen tertinggi dalam mana-mana program ejen telekomunikasi di dalam Malaysia. Jika anda banding komisyen Tone Wow Digi bertaraf "Biz" dengan komisyen dari program lain misalnya Halo Telco ataupun One XOX, komisyen sebagai ejen "Biz" Tone Wow Digi jauh lebih tinggi.

Yang lain hanya memberi komisyen 10% dari nilai top up. Manakala Tone Wow Digi pula bagi 13% dari nilai top up dengan syarat anda daftar sebagai ejen bertaraf "Biz" terlebih dahulu dan bukannya ejen Tone Wow Digi bertaraf "Lite".

Saya akan terangkan dengan lebih lanjut lagi di bawah. Proses nak buat duit sebagai ejen Tone Wow Digi amat senang.

Strategi 1 - Mula Dengan Modal RM10 Hingga RM100


Katakanlah sekarang ni anda cuma ada duit yang sedikit untuk dijadikan modal bagi bermula sebagai ejen Tone Wow Digi. Katakanlah anda hanya ada RM50 di tangan anda sekarang. Dengan RM50 itu anda sebenarnya sudah boleh bermula sebagai ejen Tone Wow Digi di bawah bimbingan saya.

Bagaimana caranya?

Syarat pertama sekali anda sendiri kenalah daftar sebagai pengguna simkad prepaid Tone Wow Digi terlebih dahulu. Kalau atak daftar nama anda tak akan ada dalam sistem Tone Wow Digi. Kalau tak daftar tak dapatlah nak terima income sebagai ejen Tone Wow Digi.

Proses daftar amat mudah dan amat senang. Anda boleh kekalkan nombor lama anda atau ambik saja nombor baharu. JIka fon anda ada dua simkad anda boleh jadikan nombor baharu tu sebagai simkad kedua.

Cadangan saya better kekalkan saja nombor lama. Prosesnya senang cuma akan ambil masa sedikit. Dalam 24 jam begitu. Untuk pastikan proses pemindahan line telefon dari penyedia talian lain ke talian Digi. Ini kerana simkad prepadi Tone Wow Digi menggunakan line Digi Telecommunications.

Itulah cara nak bermula paling utama iaitu bertukar ke Tone Wow Digi terlebih dahulu. Nadi handphone adalah simkad. Nadi simkad pula adalah penggunanya (user). Kalau simkad tu ada kredit tapi kalau tak digunakan tak akan menjadi juga.

Apabila anda sudah berjaya bertukar ke Tone Wow Digi anda akan dapat nombor ID anda sendiri. Dengan nombor ID anda itu, nombor siri simkad anda akan didaftarkan dibawah ID anda. Segala income anda, segala komisyen anda dan bonus anda kesemuanya akan di track dari Nombor ID anda.

Kos untuk dapatkan simkad Tone Wow Digi hanyalah RM10. Jadi untuk daftar sebagai pengguna Tone Wow Digi anda hanya perlu bayar RM10 sahaja untuk beli simkad dan untuk didaftarkan sebagai pengguna baharu.

Saya sendiri akan daftarkan anda. Bila anda dah jadi ejen di bawah bimbingan saya, selepas itu saya pula akan ajarkan anda bagaimana untuk mendaftar user baharu.

Kita bergerak ke langkah seterusnya.

Strategi 2 - Pastikan Ada Stok Simkad Tone Wow Digi


Apabila anda sudah menjadi user simkad prepaid Tone Wow Digi barulah anda boleh bertindak menjadi ejen Tone Wow Digi. Apabila sudah boleh jadi ejen Tone Wow Digi anda sudah boleh menjual simkad prepaid Tone Wow Digi kepada mana-mana pengguna handphone di dalam Malaysia.

Dalam langkah pertama tadi anda sudah berjaya mendaftar sebagai pengguna. Tapi untuk mula bertindak jadi ejen Tone Wow Digi anda perlu sediakan produk utamanya iaitu simkad. Untuk start menjual anda perlu ada barang yang nak di jual - iaitu simkad.

Kenapa perlu ada simkad? Supaya nanti bila ada orang berminat nak dapatkan simkad Tone Wow Digi dari anda, dalam tangan anda sudah ada ready stock.

Ambil contoh di atas tadi iaitu anda bermula dengan modal RM50 sahaja, RM10 sudah ada gunakan untuk beli simkad bagi mendaftar sebagai pengguna simkad prepaid Tone Wow Digi. Jadi dalam tangan anda ada lagi baki RM40.

Dari RM40 itu anda boleh gunakannya untuk beli simkad dari saya - simkad-simkad itulah yang akan jadi ready stock anda. Apabia ada orang nak beli simkad dari anda maka anda sudah boleh bagi terus tanpa perlu berlengah-lengah lagi dan tanpa perlu bertangguh-tangguh lagi.

Sebelum ni pun saya akan kenal seseorang yang mendaftar dengan RM10 sahaja Selepas tu dia promote sana sini. Dia langsung tiada ready stock tapi dia rajin promote. Billa anda orang nak beli simkad dari dia barulah dia contact saya untuk beli simkad.

Proses macam ni OK tapi masalahnya customer akan lambat dapat simkad sebab anda perlu tunggu saya hantarkan simkad terlebih dahulu ke tangan anda. JIkalau anda sudah ada simkad dalam 2 hingga 4 keping anda sudah boleh bagi simkad tu dengan customer yang nak membeli.

Nasib baiklah ejen tu berada dekat dengan kawasan saya. Senang dia datang jumpa saya dan beli simkad untuk dia jual semula pada customer dia. Kalau anda berada jauh dari saya masalah akan timbul iaitu masa untuk mengunggu simkad sampai.

Sebagai permulaan saya sarankan anda simpan dalam 2 keping simkad sahaja terlebih dahulu.

Manatau time rancak mempromosi tiba-tiba ada orang nak. Biasanya orang akan beli 1 simkad dulu untuk try. Bila dia berpuas hati dia akan beli lagi.

Penerangan di atas tadi hanyalah penerangan untuk anda yang bermula dengan modal fleksibel iaitu antara RM10 hingga RM100, contohnya dengan RM20, RM30, RM50, RM70, RM80. Tak semua kita mampu nak bayar modal sebagai ejen bertaraf Biz iaitu RM100 tapi semua orang mampu nak bayar modal jadi ejen bertaraf Lite iaitu antara RM10 hingga RM100

JIka anda berminat nak jadi ejen Tone Wow Digi bertaraf Biz saya akan terangkan dalam perenggan di bawah.

Strategi 3 - Bermula Sebagai Ejen Tone Wow Digi Bertaraf Biz

Proses pendaftaran ejen Tone Wow Digi bertaraf Biz berbeza sekali dengan pendaftaran ejen bertaraf Lite kerana ejen Tone Wow Digi bertaraf Biz ditujukan buat mana-mana pengguna handpone yang mahu dapat komisyen permulaan yang amat besar.

Selesai sahaja mendaftar anda akan layak dapat komisyen top up 13% dari nilai top up user yang beli simkad Tone Wow Digi dari anda. Sebagai contoh jika si A beli simkad dari anda berharga RM10 selepas tu si A tadi beli top up RM50 untuk dia guna, maka sebagai ejen Tone Wow Digi anda akan dapat komisyen top up sebanyak 13% dari niali top up si A tadi.

Kiraan komisyen top up anda adalah begini - 13% x RM50 = RM6.50. Dari kiraan tersebut jelaslah bahawa komisyen top up anda yang akan di bayar oleh Tone Wow Digi adalah RM6.50

Itu baru 1 orang user sahaja. Kalaulah dalam 1 minggu ada 50 user beli top up RM50 dari setiap user itu jugalah anda akan dapat komisyen top up RM6.50 dari setiap seorang.

Kiraan komisyen top up ini adalah ikut kiraan "per person" dan bukannya "per group".

Anda boleh teliti jumlaah kiraan komisyen ini dengan login masuk ke dalam Tone Wow Member Management System yang anda boleh akses secara online. Hal ini saya akan terangkan di ketika yang yang lain pula.

Saranan saya jika anda mampu bayar RM100 untuk daftar sebagai ejen Tone Wow Digi bertaraf "Biz" usah tunggu lama. Wang RM100 yang anda belanjakan itu anda akan dapat semula. Syaratnya anda hanya perlu rajin promote Tone Wow Digi dan rajin daftar user-user baharu.

Saya sendiri sudah lalui hal ini. Walaupun agak slow daftar user-user baharu tapi tiap kali user tu top up maka setiap kali itu jugalah saya akan dapat komisyen top up sebanyak 13% dari nilai top up user tersebut. Contoh pengiraan adalah seperti di bawah...

User top up RM5 saya dapat komisyen RM0.65 (65 sen)
User top up RM10 saya dapat komisyen RM1.30
User top up RM30 saya dapat komisyen RM3.90
User top up RM50 saya dapat komisyen RM6.50
User top up RM100 saya dapat komisyen RM13

Ini kiraan untuk 1 orang user sahaja - iaitu orang yang beli simkad dari anda lalu dia guna simkad tu. Kalaulah anda sudah ada 100 orang user dan setiap dari mereka top up RM30-RM50 anda akan dapat komisyen top up sebanyak RM390 - RM650

Kalau anda sudah jual simkad Tone Wow Digi kepada 300 orang user, maka jumlah komisyen yang anda akan dapat adalah RM1170 - RM1950.

Proses nak dapat komisyen top up macam ni ambik masa sedikit. Kenapa? Sebab anda perlu masa untuk promote dan jual simkad prepaid Tone Wow Digi. Ia adalah proses bertahap.

Mungkin hari ni ada 5 orang daftar, Esok mungkin hanya 1 orang daftar. Lusa pula mungkin tiba-tiba ada 20 orang daftar. Beginilah cara untuk bermula sebagai ejen Tone Wow Digi bertaraf "Biz".

Potensi income yang anda boleh dapat sebagai ejen Tone Wow Digi amat besar. Namun semua itu bergantung kepada kesanggupan anda dan usaha konsisten anda.

Bermulalah secara part time dulu jika anda sedang bekerja sekarang ni. Jika anda seorang student anda boleh buat secara part time di hari Isnin hingga Jumaat kemudian secara full time di hari Sabtu Ahad juga ketika cuti semester.

Saya sudah ada jumpa beberapa orang student universiti yang kesemua mereka rajin promote. Walau bergelar student mereka nampak peluang. Lagipun mereka yakin dan percaya duit RM100 yang mereka laburkan sebagai modal untuk daftar jadi ejen Tone Wow Digi bertaraf Biz confirm akan dapat balik selagi konsisten berusaha.

Umur saya pun dah 39. Dah terlambat untuk saya bereksperimentasi lagi dengan pelbagai peluang bisnes. Sebab itulah saya hanya fokus sebagai ejen Tone Wow Digi.

Saya suka kerja ni. Saya suka train orang dan saya suka berkongsi ilmu juga berkongsi pengalaman.

Jika anda nak bermula sebagai ejen Tone Wow Digi sama ada dengan modal rendah kurang dari RM100 atau modal RM100 ke atas anda boleh dapatkan bimbingan percuma dari saya.



Shukry Abdullah

Bertugas sebagai Webmaster, SEO Specialist dan Digital Marketing Strategist sepenuh masa di sebuah syarikat pelancongan.

Tiada ulasan: