Pakai Nama Sendiri

Shukry-Abdullah-0-1


Fuhh! Ni first time buka sebuah blog baru menggunakan nama sendiri.

Sebelum ni saya dah buka ratusan blog jenis 'Blogspot' camni.

Sebab nak buat micro niche blogs khusus untuk buat duit dengan Adsense. Kala tahun 2007 formula tu berkesan.

Tapi selepas 2016, formula tu sudah tidak berkesan lagi. Entah kenapa.

Google macam boleh detect blog-blog yang dibina sebagai made for Adsense.

Kenapa baru dalam bulan April 2020 ni baru saya terfikir nak buka blog sendiri pakai nama sendiri?

Semasa cari di Google (saya pi Google nama sendiri) rupanya ada pulak nama lelaki lain sama nama dengan saya, 100% sama.

So saya susah nak dapat tempat di situ.

Blog ni saya bina untuk nak educate pembaca-pembaca blog saya.

Blog lama saya dulu saya jarang update sebab itu lebih kepada blog peribadi.

Blog ini pula adalah blog bisnes.

Semasa post ini ditulis saya mengalami masalah kewangan disebabkan oleh PKP - Perintah Kawalan Pergerakan.

Tak cukup bajet nak beli hosting baru, domain baru dan tak cukup masa nak design blog saya.

Saya cuma hanya mahu menulis!

So dari tekanan disebabkan situasi tu, saya buka blog ni sebab wasilah untuk saya berkongsi ilmu dan untuk saya berkongsi kepakaran saya dalam optimiasi enjin carian.

Tak ramai blogger kuasai skill SEO ni sebab biasanya ramai cepat give up.

Dulu pun dalam tahun 2010-2020 saya dah lebih 10 kali give up. Tak tahan sebab strategi yang saya pakai langsung tak mendatangkan hasil.


Shukry Abdullah

Bertugas sebagai Webmaster, SEO Specialist dan Digital Marketing Strategist sepenuh masa di sebuah syarikat pelancongan.

Tiada ulasan: