Kelebihan Menjadi Sales Agent Dan Dealer Tone Wow

Tone-Wow-Digi-Plan-1-0703857484-720x1005

Kelebihan Menjadi Sales Agent Dan Dealer Tone Wow - Apabila anda terjumpa post ni pasti anda tercari-cari maklumat macam mana nak buat duit dengan handphone dalam bulan April-Mei selama PKP dikuatkuasakan.

Tak perlu risau lagi kerana masalah kewangan anda bakal boleh diselesaikan dengan bertindak menjadi reseller, ejen jualan (sales agent) dan dealer Tone Wow. Anda akan terlibat dalam bidang telekomunikasi.

Dalam entri blog ni saya lebih suka menggunakan perkataan 'ejen' sebab lagi senang nak faham. Kadang saya guna perkataan 'reseller' untuk menerangan sesuatu. Kadang saya guna perkataan 'dealer' dalam sesetengah contoh situasi untuk menerangkannya supaya lebih senang faham.

Pada anda yang baru sampai ke blog ni, salam perkenalan. Saya Shukry.

Sayalah yang akan bimbing anda sebagai ejen baru melalui entri-entri dan artikel-artikel dalam blog ni. Ada banyak lelaki di Malaysia menggunakan nama Shukry sebagai nama mereka sejak lahir. Tapi bagi saya memang itulah juga nama saya sejak lahir.

Saya bekerja sebagai Webmaster dan Digital Marketing Strategist di sebuah syarikat swasta. Pada saat artikel ni saya taip saya masih lagi bekerja cuma tidak keluar bekerja disebabkan oleh PKP.

Kepakaran saya adalah Search Engine Optimization, Web Design, Google Ads dan Facebook Ads. Sepanjang tahun-tahun lalu ketika dalam waktu bekerja saya telah membina banyak blog-blog, banyak website Wordpress, mencipta content untuk website-website tersebut kemudian memasarkan website tersebut bagi memperolehi pelanggan.

Untuk tujuan pemasaran saya gunakan kaedah Search Engine Optimization, Facebook Ads dan Google Ads. Pakai duit gaji sendiri ya. Bukan duit syarikat milik majikan.

Tiap kali saya buat sale majikan akan bayar komisyen. So duit komisyen dalam RM100-RM150 saya gunakan untuk buat Facebook Ads dan Google Ads.

Dengan menggunakan Facebook Ads dan Google Ads secara kerap saya jadi mahir menggunakannya - impak iklan Facebook Ads 100% bergantung kepada apa yang kita nak capai. Saya akan cerita pasal Facebook Ads di artikel lain.

Harap maklum saya bukanlah programmer tapi lebih kepada Digital Content Creator - saya mahir menulis artikel, mahir mengedit video dan mahir mencipta imej grafik (graphic design) menggunakan Corel Draw. Sebabnya saya hanya memfokus kepada Corel Draw, bukan Adobe Illustrator atau Adobe Photoshop.

Kesemua kemahiran-kemahiran tu saya pelajari bermula dengan mengikuti kursus, bertanya kepada pakar, belajar dari YouTube, membeli eBook, mengikuti online course berbayar, terus berlatih melalui aktiviti kerja-buat dan bersahabat dengan beberapa lagi orang lain yang mempunyai minat serupa agar dapat perbaiki kemahiran saya.

Senang cerita, majikan menggaji saya untuk mempromosikan produk-produk syarikat tempat saya bekerja. Saya guna social media untuk mempromosi. 80% aktiviti mempromosi yang saya lakukan adalah menggunakan social media. Facebook terutamanya. Sebab golongan sasaran lebih senang di hampiri menggunakan Facebook.

Tugas hakiki saya adalah melakukan aktiviti pemasaran digital secara online. Dah banyak jenis peluang buat duit dengan handphone yang saya dah cuba dan dah buat di internet.

Sebelum ni saya dah pernah dapat duit dari Google Adsense, dari CashZine, WeViral, Jutawan App (modal RM390) dan jadi ejen dropship di Shopee, Lazada juga di 11 Street. Walau gagal sebagai dropship tapi saya perolehi pengalaman berharga dalam aspek pemasaran.

Apabila berjumpa peluang buat duit dengan handphone sebagai ejen Tone Wow, saya tutup mata pada peluang-peluang lain.

Cukuplah kali ini. Umur dah dekat angka '4'.

Saya dah penat asyik mencuba dan asyik bereksperimen dengan peluang-peluang baru sejak 5 tahun lalu - iaitu sejak tahun 2015. Sampai bila-bila pun peluang baru tetap akan muncul. Tiada apa akan berjaya saya capai apabila asyik mencuba dan asyik bereksperimen kerana tiada fokus. Asyik berpindah-pindah fokus.

Kena fokus pada 1 perkara sahaja dan buat betul-betul.

Saat saya menaip entri blog ni pun banyak peluang-peluang baru tiba-tiba muncul di pasaran seperti Fingo, Elken Global, Halo Telco dan jadi seller top up prepaid.

Saya ada satu penyakit iaitu "New Opportunity Syndrom" atau NOS. Apabila ada saja peluang-peluang baru di internet saya akan terus buat. Terus cuba. Terus kaji. Terus mendalami.

Kelemahan saya pula adalah hanya boleh FOKUS PADA 1 PERKARA SAHAJA PADA 1 MASA. Saya sukar untuk multi tasking disebabkan saya hanya boleh fokus pada 1 benda pada 1 masa.

So apabila saya sudah fokus pada benda baru saya akan jadi lupa pada benda lama yang terdahulu.

Akibatnya sejak beberapa tahun lalu saya tidak berhenti dari asyik cuba dan berekperimen dengan peluang-peluang buat duit dengan handphone yang ada di internet macam CashZine dan WeViral tu sebab saya ada NOS dan tidak multitasking.

Tapi oleh kerana saya hanya boleh fokus pada 1 perkara pada 1 masa, saya jadi AMAT FOKUS dan OBSES. Ya! Inilah yang terjadi pada diri saya.

Saya amat benci gangguan (distraction) kerana boleh menyebabkan tumpuan hilang. Sebab itulah saya tidak buat benda lain apabila dah fokus buat 1 perkara. Saya hanya akan fokus pada apa yang ada di depan mata.

Saya seorang penulis. Saya amat sukakan suasana sunyi dan tenang. Banyak ilham muncul. Banyak idea datang tanpa pening kepala memikir what to do next.

Itulah sebab saya amat tidak suka multi tasking. Kerana saya sukar untuk beri perhatian kepada lebih dari 1 perkara dalam 1 masa.

Kalau di rumah pun macam tu juga. Kalau tengok tv saya akan tengok tv. Tidak pegang handphone. Tidak akan belek-belek handphone. Tidak akan scroll Facebook. Hanya akan tengok tv sahaja.

Apabila scroll-scroll Facebook di handphone saya tidak akan tengok tv bahkan tidak lakukan perkara lain misalnya sambil layan WhatsApp atau YouTube. Hanya scroll Facebook.

Kalau chat di WhatsApp saya hanya akan chat. Tidak chat sambil layan YouTube macam orang lain buat. Handphoen masakini boleh buat multitasking. Tapi saya lebih selesa single tasking saja sebab senang nak fokus.

Dalam beberapa bulan lalu akibat terlalu fokus dengan CashZine saya terlupa dengan Jutawan Apps padahal sudah bayar duit untuk join.

Kenapa Saya Jadi Dealer Dan Reseller Tone Wow


Saya memilih untuk fokus sebagai ejen Tone Wow kerana saya MINAT telekomunikasi dan internet. Syarikat pengendali Tone Wow sudah 10 tahun dan sistem perniagaan mereka sudah proven. Sudah terbukti melahirkan banyak orang-orang muda yang senang-lenang menikmati income 'besar' walau masih muda.

Saya follow Mazelan Abas sejak 2015 tapi hingga kini saya tidak buat apa-apa hinggalah saya jadi dealer Tone Wow ni. Dulu saya asyik bereksperimen. Asyik mencuba. Tidak pilih satu peluang kemudian fokus terus padanya. Sebaliknya saya fokus kepada banyak peluang.

Akhirnya dalam bulan April 2020 -satu apa-pun tak menjadi. Tak grow. Sebab fokus saya asyik teralih. Sekejap sana, Sekejap sini. Sekejap itu. Sekejap ini.

Result saya tidak move to next level. Masih di takuk lama.

Telekomunikasi dan internet adalah passion saya. Aktiviti kerja saya menggunakan internet dan telekomunikasi. Setiap hari kala bekerja kerana saya menggunakan internet untuk mempromosi dan cari ilmu. Selepas tu saya gunakan handphone untuk berhubung dengan customer melalui WhatsApp, WeChat, KakaoTalk, Email.

Dari tahun 2011 saya suka membaca mengenai perkembangan syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia. Saya amat suka mengkaji mengenai syarikat-syarikat telekomunikasi, pencapaian mereka serta minat membanding-banding pelan telekomunikasi yang ditawarkan oleh mereka.

So apabila saya jumpa Tone Wow, minat semakin bercambah jadi obsesi. Bila sudah jadi obsesi saya akan mula fokus. Itulah yang terjadi pada hari ini. Saya sudah tidak fokus pada peluang-peluang lain yang saya dah join sebelum ni.

Setiap habis waktu bekerja saya akan tulis entri blog mengenai Tone Wow - ini kerana saya kerap berfikir mengenai Tone Wow. Persoalan kerap muncul. Saya ternya sendiri macam mana saya nak promosikan Tone Wow ni dengan lebih baik lagi.

Saya dapati saya amat minat dengan Tone Wow kerana ia adalah satu syarikat telekomunikasi yang unik.

Unik sebab apa? Tidak ada syarikat telekomunikasi serupa boleh kalahankah pencapaian Tone Wow sejak 10 tahun lalu. Mungkin anda tapi result jauh berbeza.

Hari ini saya masih kaji syarikat lain seperti One Xox, Halo Telco, YooDoo dan U Mobile. Saaya tertarik kaji sebab saya mahu kenalpasti kelebihan dan kekurangan masing-masing. Saya tidak buruk-burukkan tapi lebih kepada membanding untuk mencari yang terbaik untuk pengguna biasa.

Shukry Abdullah

Bertugas sebagai Webmaster, SEO Specialist dan Digital Marketing Strategist sepenuh masa di sebuah syarikat pelancongan.